Undang-Undang



Pakaian Seragam

   Memakai baju seragam sekolah khas dan baju korporat yang direka khas beserta dengan logo rasmi Briged Bestari, logo sekolah, logo BTP dan tanda nama.
Dasar keselamatan Ahli Briged Bestari  mesti mematuhi peraturan penggunaan makmal / Bilik Komputer, Bilik Akses Sekolah dan Dasar Keselamatan ICT. Penggunaan Infrastruktur ICT Ahli Briged Bestari mesti pada setiap masa mematuhi peraturan penggunaan infrastruktur ICT sekolah. Penggunaan bilik Ahli Briged Bestari mesti sentiasa mematuhi peraturan penggunaan Bilik Operasi / Makmal Komputer / Pusat Akses Sekolah. Peraturan sekolah Ahli Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan sekolah Tugas dan tanggungjawab Ahli Briged Bestari wajib hadir bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak tiga kali tanpa sebarang alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah. Ahli Briged Bestari perlu merekodkan tugas harian mereka Ahli Briged Bestari boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa mengikut keperluan. Keselamatan Ahli tidak dibenarkan menyimpan kunci Bilik Operasi / Makmal Komputer / Pusat Akses Sekolah. Ahli bertugas perlu merekodkan pengambilan dan pemulangan kunci. Penyalahgunaan / kerosakan Sebarang penyalahgunaan atau kerosakan peralatan ICT hendaklah direkod dan dilaporkan kepada Guru Penyelaras Briged Bestari. Kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT hanya boleh dilakukan oleh penyelaras dan pegawai yang diberi kuasa oleh Guru Penyelaras Briged Bestari. Kewangan Wang Briged Bestari hanya boleh digunakan dengan kelulusan mesyuarat atau Guru Penyelaras Bestari. Penggunaan wang untuk kes-kes kecemasan sekolah adalah mengikut budi bicara Guru Penyelaras Briged Bestari. Penyalahgunaan wang akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah. Laporan kewangan hendaklah sentiasa dikemaskini, dibentang dan disahkan dalam mesyuarat. Sekiranya Briged Bestari menerima sumbangan berupa wang, wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah. Jika sumbangan yang diberikan itu berbentuk peralatan atau bahan-bahan lain, ia hendaklah didaftarkan sebagai harta modal sekolah. Peraturan – peraturan lain Segala peraturan Briged Bestari adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa sama ada peraturan sekolah atau sebarang peraturan tambahan yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa Briged Bestari.